RSS

Pepatah Jepun

Dipetik dari filem “TOKYO DRIFT”

Katanya…..

=> Disebabkan sebatang paku => maka rosaklah ladam

=> Disebabkan rosaknya ladam => maka matilah seekor kuda

=> Disebabkan matinya kuda => maka utusan tidak dapat di hantar

=> Disebabkan utusan tidak dihantar => maka kalah ia dalam peperangan

—————————

Pepatah tersebut tidaklah terlalu seni tetapi membawa maksud yang amat mendalam. Oleh kerana saya bukanlah kelahiran Jepun maka fahaman saya adalah seperti berikut.

Maksudnya betapa pentingnya kita berhati-hati apabila membuat sesuatu kerja kerana implikasinya amat besar. Kita tidak harus mengambil tindakan sambil lewa keatas setiap apa yang kita buat kerana kesilapan dan kecuaian yang kita lakukan akan memberi kesan kepada perkara-perkara yang akan datang.

Paku dan ladam bukanlah isu yang besar dalam konteks kemenangan dalam peperangan tadi tetapi itulah puncanya yang boleh membawa kekalahan dalam berperang. Maka kita sebagai seorang individu yang dipertanggungjawabkan keatas sesuatu perkara samada besar atau kecil haruslah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ketelitian kerana impak yang akan diterima mungkin terlalu berbahaya sehingga boleh memusnah sesuatu bangsa, ugama dan negara. Maka matlamat kearah “KESILAPAN SIFAR” perlu sentiasa dititikberatkan.

Maka kita sebagai warganegara MALAYSIA berbangsa MELAYU beragama ISLAM haruslah sentiasa bersedia dan berwaspada demi sebuah WARISAN yang moyang kita perjuangkan. Janganlah leka dengan keseronokan jangka pendek sebaliknya fikirlah dengan kematangan secara ilmiah. Semoga kita bisa menjadi penyambung WARISAN.

Tingkatkan Jatidiri

Tingkatkan kecintaan kepada Ugama, Bangsa dan Negara

Tingkatkan kesetiaan

Tingkatkan Integeriti diri

Tingkatkan Motivasi diri

Tingkatkan Minda POSITIF

Semoga Allah SWT merestui perbuatan baik yang kita lakukan

Amin!!!!

Sekian dari saya sempena MERDEKA 2008.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.