PASRAH

Assalammualaikum,

Harapan saya kepada semua visitor blog ini akan beroleh kesejahteraan dan kejayaan dalam perjuangan yang dirahmati dan diredhahi. Sebenarnya siapa pun kita dimuka bumi ini, kita telah ditetapkan dengan Qadaq dan Qadar yang mana tidak dapat kita lihat kecuali merasainya. Sepanjang perjalanan kita di muka bumi ini telah diatur ketetapannya dan usahlah kita berduka jika hampa dan usahlah kita berbanga jika berjaya.

Kerana setiap apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Maka seharusnya kita bersyukar dan menerima setiap apa yang kita nikmati dengan penuh keredhaan yang tinggi. Sesungguhnya jua, apa yang berlaku walaupun telah ditakdirkan ia adalah jasa dari perbuatan tangan kita jua. Dan perlulah difahami sekiranya kesan yang kita terima seperti tidak sepatutnya keatas diri kita tetapi sebenarnya itulah yang wajib kita terima sebagai seorang hambaNya.

Sesungguhnya Dia tidak Menzalimi hamba-hambanya dan malah dia Maha Penyayang lagi Maha pengasih. Setiap insan akan di hujah dengan pelbagai ujian. Ada yang besar dan ada jua yang kecil. Setiap musibah itu harus diterima dengan penuh keinsafan dan keredhaan kerana itulah tanda ketauhidan kita terhadapNya. Dan Dia tidak sekali-kali akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung kerana sekiranya begitu maka Dia adalah zalim walhal Dia tidak zalim. Atas kasih sayangNyalah dia menguji kita. Sebagai hambaNya haruslah kita peka atas sebab dan munasabab sesuatu itu berlaku.

2009 yang tiba  ini, bersama-samalah kita menghayati dan memohon keampunanNya serta perbanyakkanlah Doa moga-moga di perkenankan doa kita. Usahlah kita melalui 2009 tanpa sebarang perancangan kerana kegagalan merancang adalah merancang kegagalan. Oleh itu bersama-sama kita merancang untuk sesuatu kejayaan.

Sekian secebis catatan saya untuk tetamu semua semoga sedikit pesanan ini dapat dimunafaatkan bersama. Sebagai HambaNya kita sememangnya tidak sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT yang Maha Esa.

Wassalam.

Leave a Reply