Merdeka! Merdeka! Merdeka
Setiap tahun menjelang 31 Ogos, rakyat Malaysia seluruhnya akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Saya teringat dan menghayati lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengambarkan betapa cerianya lagu tersebut. Dengan intonasi yang hebat melaungkan MERDEKA didalam lirik lagunya amat menyentuh dan mengambarkan betapa patriotiknya dia.
Kemerdekaan sebenarnya amat bermakna bagi insan yang ingin menghayatinya. Nilai kemerdekaan sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan akal namun hanya mereka-mereka yang memahami akan merasa betapa tingginya nilai kemerdekaan itu. Namun kita sering dilekakan dengan sorakan kemeriahannya. Di Dataran-dataran yang luas di seluruh negeri mahupun daerah pasti akan memeriahkannya dengan pelbagai aktiviti keriangan seperti percikan bunga api, konsert muzik, tarian dan pelbagai lagi kegemilangan. Di jalan raya akan dimeriahkan dengan kenderaan-kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang, masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri. Di kelab-kelab dan disko tidak terlepas dengan aktiviti ‘Count Down’ yang masing-masing menjerit dengan sepuas-puasnya.
Terfikir juga akan saya, adakah itu tanda kegembiraan disebabkan oleh MERDEKA?
Adakah itu tanda syukurnya diatas KEMERDEKAAN yang dinikmati?
Tidak salah untuk kita bergembira namun jika berpeleseran di konsert, disko dan jalan raya sebegitu rupa, secara lahiriahnya jelas KEMERDEKAAN itu belum kita menguasainya. Seharusnya sebagai warga Malaysia yang terkenal di persada dunia dengan adat ketimuran dan budaya murni tidaksepatutnya mempamirkan aksi dan aktiviti seperti tersebut.
Seorang yang MERDEKA tidak akan mengizinkan mindanya atau perilakunya dikuasai oleh elemen yang melanggari KEINSANAN. Seorang Insan/Individu di tetapkan mematuhi FITRAH yang sewajarnya. Ianya ditekankan didalam institusi pendidikan formal mahupun unformal. Universiti kehidupan sendiri mengakui darjat norma INSANI. Dan yang lebih pasti ISLAM menitikberatkan soal ini. Terkandung ia dalam perkara AKHLAK.
Maka MERDEKA kah kita jika kita tidak sedikitpun merasa kekoknya budaya menyambut kemerdekaan sebegini rupa?
MERDEKA kah kita seandainya rasa cinta terhadap akhlak ISLAMIAH dan budaya timur dipinggirkan?
Dimanakah KEMERDEKAAN itu jika MEREMPIT, BERMABUK-MABUKAN, BERPELESERAN, BERKASIH-KASIHAN DAN berbagai BERRRRRRR!!!!!! yang malu untuk disebutkan dilaksanakan tanpa rasa bersalah di malam MERDEKA?
Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menaiktarafkan akhlak dan kefahaman terhadap erti KEMERDEKAAN sebenar. Bersama-samalah kita menghayatinya dan menyambutnya dengan kefahaman dan keinsafan yang dipandu dengan ilmu serta bersandarkan kepada tuntutan agama.
Walaupun MERDEKA yang disambut pada 2008 ini cukup sederhana bagi rakyat Malaysia seluruhnya disebabkan pelbagai faktor semasa seperti politik dan ekonomi, diharap ianya cukup berkesan untuk kita menilai dan menghayatinya.
Semoga Hari MERDEKA akan dapat kita sambut pada setiap 31 Ogos dimasa-masa akan datang. Kerana itulah hari untuk kita berbangga bahawa kita sebenarnya telah bebas dari penjajah. Semoga jati diri akan terus disuburkan kerana MERDEKA tidak bermakna sekiranya kita terus ditakutkan, dipengaruhi budayanya dan paling buruk jika terus dijajah mindanya.
Sekian coret-coret dari saya
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!