Rakan Niaga – worldwide fertilizer
Assalammualaikum,
Hari ini ramai dikalangan kita tercari-cari peluang perniagaan dengan harapan dapat menambah pendapatan demi menampung kos perbelanjaan harian. Bagi yang serius pula pasti akan memilih sesuatu bidang yang bakal memacu pendapatan ke puncak kejayaan.
Tidak dapat dinafikan, perniagaan adalah 90% punca kekayaan. Namun disamping itu peserta haruslah mempunyai etika dalam melaksanakannya agar apa yang diniagakan mendapat berkat dan keizinan Allah SWT.
Ringkasnya disini, apa yang hendak saya sampaikan adalah peluang yang kadang kala tidak sanggup direbut oleh kita. Adakalanya kita memikirkannya sesuatu yang sukar hingga kita menemui kebuntuan. Walhal jika kita minat untuk membudayakan perniagaan didalam jiwa kita, sesuatu yang sukar InsyAllah akan dapat ditangani.
Perniagaan tidak akan wujud tanpa 2 perkara. Iaitu Penjual dan Pembeli. Apa-apa perniagaan yang cuba mengenepikan salah satu perkara tersebut pasti akan menemui kegagalan. Kesimpulannya disini, untuk merealisasikan sesuatu perniagaan itu, kita harus menjalin hubungan dengan salah satu pihak. Disinilah pentingnya kemahiran perhubungan dan dalam dunia perniagaan ia disebut sebagai ‘Marketing’.
Sedari kecil kita sememangnya tidak henti-henti belajar. Maka kita harus belajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini. Ia bergantung kepada kecintaan kita untuk menguasainya. Justeru itu, adalah wajar kita mencampuri golongan peniaga-peniaga. Pembelajaran secara prektikal dan teori adalah sesuatu yang harus dijalankan dengan seiring agar kemantapan menguasainya lebih berkesan.
Anda berhak memilih apa jua jenis perniagaan. Namun begitu beberapa faktor harus diambil kira seperti faktor bekalan, faktor pasaran, faktor persaingan. Ini bukan bermaksud kita mengelakkannya, tetapi apa yang lebih penting ialah kita harus mengenalinya. Kerana menghadapi dan seterusnya mengenali sesuatu halangan itu lebih baik daripada kita lari darinya.
Setiap perkerjaan ada kesusahannya yang tersendiri. Kita kena akur dengan kenyataan tersebut. Walaubagaimanapun setiap kesukaran dan halangan akan ditangani oleh setiap individu dengan kebijaksanaan masing2. Lazimnya tahap penyelesaiannya berbeza2, ada yang mudah dan ada jua yang sukar dan terpaksa bertungkuslumus untuknya.
Kenali suatu produk di www.worldwidefertilizer.com
Mudah-mudahan ianya bakal membantu anda didalam dunia pertanian dan seterusnya dunia perniagaan kerana rata-rata melaungkan ‘ PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’
Sekian dahulu coretan saya, sekiranya terdapat yang baik itu sebenarnya datang dari Allah SWT manakala yang buruk itu pula adalah dari diri saya sendiri. Sekian.
Wassalam.
MAHADI ADAM
mahadi_tdc@hotmail.com
August 29, 2008 at 2:54 pm
tak da nak comment.cuma nak ucap selamat menyambut kemerdekaan…………………………