Pertanian adalah perniagaan

Pertanian pada hari ini bukanlah satu industeri yang asing dikalangan masyarakat Malaysia. Dahulunya ia diusahakan secara kecil-kecilan oleh masyarakat desa sebagai sumber sampingan sayuran untuk kegunaan sendiri. Malah ada yang menganggapnya sebagai hobi semata-mata.

Tahun 2008 masyarakat global telah dilanda kerisis makanan yang agak membimbangkan. Negara Malaysia juga tidak terlepas dari menerima bahang kerisis tersebut. Pelbagai isu semasa yang bergolak turut menjejaskan seperti krisis harga Petrol dan Diesel yang sekaligus melonjakkan harga makanan di pasaran. Kos sara hidup yang melambung juga turut dirasai terutamanya masyarakat di bandar-bandar utama di Malaysia.

Justeru itu pelbagai alternatif telah diusahakan untuk menangani permasalahan yang mencengkam bagai tsunami ekonomi ini. Walau apapun kehidupan harus diteruskan. Selain dari berjimat-cermat, penghasilan sumber makanan sendiri telah menjadi pilihan. Masyarakat Malaysia telah disarankan bertani untuk menampung permintaan peribadi. Tebusguna kawasan adalah idea yang sangat menarik kerana ianya tidak melibatkan kos yang tinggi. Bagi yang ada memiliki kawasan untuk bercucuk tanam, edisi ini akan dapat dimunafaatkan kerana ia memberi panduan dalam hal ehwal bertani.

Setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam pertanian tidak kira apa saiznya harus memiliki panduan ini kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai panduan penanaman dari peringkat menyemai benih, memindahkan benih, membaja dan menuai. Bagi mereka-mereka yang benar-benar berminat untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ataupun perniagaan, wadah ini (E-Book – Panduan Bertani) amat sesuai dimiliki.

Sila dapatkan E-Book tersebut dan selamat membaca semoga buku ’PANDUAN BERTANI’ ini akan dapat memberi munafaat kepada semua dan dimunafaatkan sebagai ilmu dan pengalaman dalam kehidupan kita. Sekian untuk tatapan semua.

MAHADI ADAM

mahadi_tdc@hotmail.com

Leave a Reply