NGV MENJADI PILIHAN

Bayangkan setiap hari anda menggunakan kereta dengan kos petrol RM 30.00 untuk berulang alik ke tempat kerja dan lain-lain urusan. Mungkin bagi yang tiada masalah dengan faktor pendapatan suatu perkara biasa dan remeh. Namun begitu, kepada mereka yang ingin berjimat pasti akan terasa. Maklumlah …mungkin selama ini, jumlah pengisian petrol hanya setakat RM 20.00 sahaja bagi setiap hari.

Untuk tangki 45Liter …dahulunya memerlukan RM 80 untuk isi penuh. Namun kini … RM120.00 diperlukan.

Sesuatu yang merisaukan apabila memikirkan harga petrol ini. Kadangkala… setiap pergerakan perlu ada planing bagi memastikan tiada pembaziran. Bagi yang banyak berurusan menggunakan transport pula kenaikkan harga petrol ini pasti menganggu pergerakkan mereka.

Pengguna NGV cukup selesa walaupun dengan RM10.00  . Maklumlah  … tangki Gas NGV nya boleh diisi penuh. Malah mampu bergerak  sekitar 150 KM.

Penjimatan NGV jangan dianggap kecil… pengurangan 65% ke 75% daripada kos petrol amat menarik. Secara kasar kita boleh mengiranya dengan menolak terus peratus penjimatan tersebut dari kebiasaan kos petrol yang kita tanggung. Jika penggunaan kita adalah RM30.00 maka penjimatan 75% adalah bersamaan RM 22.50

RM22.50 x 25hari = RM562.50 …. Satu jumlah yang agak banyak kegunaannya.

Itu untuk satu bulan … sekiranya 12 bulan …ini bermakna kita telah mendapat penjimatan sebanyak RM6,750.00 setahun. Dan ini bukanlah satu jumlah yang kecil bagi yang menghargai BONUS pada setiap tahun.

Sememangnya NGV kini menjadi pilihan dan kita harus memikirkan cara bagaimana untuk menikmati penjimatan yang amat menarik ini.

Sekian.

email: mahadi_tdc@hotmail.com  / HP: 016-3719234

One Response to “NGV MENJADI PILIHAN”

  1. Price hike is nothing we can do about it, but to curb the effect we can surely do something. NGV will help a lot. Check our site for more on NGV at CarStandard.com

Leave a Reply