NGV Satu Alternative Menangani Isu Petrol
04 June 08 satu Malaysia dikejutkan dengan pengumuman harga baru petrol dan diesel oleh perdana menteri. Kenaikkan 78sen bagi petrol dan rm1.00 bagi diesel bukanlah satu perkara yang mudah diterima. Namun sebagai rakyat Malaysia …kita kena terima juga walaupun perit. Nampaknya Pendapatan VS Perbelanjaan kian tidak seimbang. Kenderaan kita makan lebih dari keluarga kita makan. Bagaiman nak dibuat?
Mahu tak mahu kita kena cari alternatif lain…. janji kenderaan kita boleh bergerak. Aku mengambil langkah menggunakan bahan bakar NGV. Memang harga sistem tersebut agak mahal tetapi untuk jangka panjang ianya menguntungkan. Bayangkan dengan kapasiti RM8.00 kenderaan kita boleh bergerak dalam lingkungan 120KM ke 150Km. then masa orang sibuk melabur dalam saham-saham yang menjadi kegilaan ramai… aku melabur dengan memasang NGV kat kenderaan aku…. kesimpulannya aku dapat penjimatan dalam lingkungan RM 300 sebulan….itu berbanding dengan harga petrol RM1.92 /Ltr. So sekarang penjimatan aku semakin dashat jika dibandingkan dengan harga RM 2.70/Liter.
So… suka aku mengingatkan kawan2 yang rasa tertekan dengan kos petrol yang melampau ini beralih dengan menggunakan NGV. Pasti tidak rugi punya.
Selalunya orang akan kata… bonet sempit lah… berat lah…dan pelbagai lagi. dan aku pernah usik diaorang … dalam 365 hari… berapa harikah bonet kita penuh dengan muatan?
so kesimpulannya ia hanyalah alasan…sekiranya kita merasai keseronokkan menggunakan NGV pasti kita akan hilang dan bebas dari rasa tekanan kos minyak tu.
Sekian sahaja untuk kali ini… sekiranya ada sesiapa yang berminat nak memasang atau mendapat khidmat tentang NGV… silalah hubungi saya.
Adalah penting anda menyatakan jenis kenderaan anda, Sistem injen- manual/auto … sistem bakar – kaburetor/injection dan cc kenderaan tersebut.
HP: 016-3719234
e-mail: mahadi_tdc@hotmail.com