PENDAFTARAN TERBUKA

Posted in Perniagaan with tags , , , , , , , , , , , on September 9, 2008 by mim2u

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…..

Dengan kalimah Bismillahhirahmannirahim

WWF >>> worldwidefertilizer.com telah dengan rasminya membuka peluang kepada sesiapa sahaja di rantau ini untuk mendaftar sebagai pengedar kepada produk syarikatnya. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghantar permohonan kepada:

a) admin@worldwidefertilizer.com

b) mahadi@worldwidefertilizer.com

c) kamal@worldwidefertilizer.com

Para pemohon dikehendaki menyatakan Nama, Alamat, Syarikat (jika ada) dan nombor talipon

Sila majukan apa-apa jua keterangan sebagai sokongan kelayakan anda untuk menyokong permohonan tersebut seperti pengalaman atau potensi anda melalui email tersebut. Walaubagaimanapun WWF akan membimbing mereka2 yang mempunyai minat yang tinggi.

Pemohon akan dihubungi dalam masa terdekat.

Satu senarai pengedar berdaftar akan di keluarkan di laman  web berkenaan (www.worldwidefertilizer.com) sebagai rujukan pengguna-pengguna produk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Serawak). Ini akan menjadi pemangkin dalam usaha melariskan jualan dan sokongan pengiklanan yang disediakan secara PERCUMA kepada pengedar.

Semoga matlamat WWF untuk mencetuskan usahawan-usahawan dalam industeri ini akan tercapai dan dinikmati oleh ramai dari kalangan kita.

Disamping itu para pemohon akan di hubungi sekiranya terdapat peluang-peluang perniagaan atau kursus-kursus usahawan. Maka sebagai langkah positif adalah wajar kepada pelawat-pelawat semua mendaftarkan diri sekiranya ada niat untuk melangkah ke dunia keusahawanan.

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama

Yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang

Justeru itu, fikir-fikirkanlah dan rebutlah peluang ini sekiranya anda yakin dengan potensi perniagaan tersebut. Lawatilah laman web tersebut untuk meninjau perihal produk semoga ianya dapat mencetuskan ilham hala tuju perniagaan yang bakal anda ceburi.

Sekian dari saya

PASRAH

Posted in 1 with tags , , , , , , on January 10, 2009 by mim2u

Assalammualaikum,

Harapan saya kepada semua visitor blog ini akan beroleh kesejahteraan dan kejayaan dalam perjuangan yang dirahmati dan diredhahi. Sebenarnya siapa pun kita dimuka bumi ini, kita telah ditetapkan dengan Qadaq dan Qadar yang mana tidak dapat kita lihat kecuali merasainya. Sepanjang perjalanan kita di muka bumi ini telah diatur ketetapannya dan usahlah kita berduka jika hampa dan usahlah kita berbanga jika berjaya.

Kerana setiap apa yang berlaku adalah atas keizinan Allah SWT yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Maka seharusnya kita bersyukar dan menerima setiap apa yang kita nikmati dengan penuh keredhaan yang tinggi. Sesungguhnya jua, apa yang berlaku walaupun telah ditakdirkan ia adalah jasa dari perbuatan tangan kita jua. Dan perlulah difahami sekiranya kesan yang kita terima seperti tidak sepatutnya keatas diri kita tetapi sebenarnya itulah yang wajib kita terima sebagai seorang hambaNya.

Sesungguhnya Dia tidak Menzalimi hamba-hambanya dan malah dia Maha Penyayang lagi Maha pengasih. Setiap insan akan di hujah dengan pelbagai ujian. Ada yang besar dan ada jua yang kecil. Setiap musibah itu harus diterima dengan penuh keinsafan dan keredhaan kerana itulah tanda ketauhidan kita terhadapNya. Dan Dia tidak sekali-kali akan menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung kerana sekiranya begitu maka Dia adalah zalim walhal Dia tidak zalim. Atas kasih sayangNyalah dia menguji kita. Sebagai hambaNya haruslah kita peka atas sebab dan munasabab sesuatu itu berlaku.

2009 yang tiba  ini, bersama-samalah kita menghayati dan memohon keampunanNya serta perbanyakkanlah Doa moga-moga di perkenankan doa kita. Usahlah kita melalui 2009 tanpa sebarang perancangan kerana kegagalan merancang adalah merancang kegagalan. Oleh itu bersama-sama kita merancang untuk sesuatu kejayaan.

Sekian secebis catatan saya untuk tetamu semua semoga sedikit pesanan ini dapat dimunafaatkan bersama. Sebagai HambaNya kita sememangnya tidak sempurna kerana kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT yang Maha Esa.

Wassalam.

Peluang Perniagaan

Posted in Perniagaan, Trading with tags , , , , , , on September 2, 2008 by mim2u

worldwidefertilizer sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya sedang berkembang luas dalam mengusahakan pemasaran produk ZEOLITE dengan jenama ZEOTECH FERTILIZER.

ZEOTECH FERTILIZER dihasilkan dari ZEOLITE Grade terbaik dan dijamin kualitinya.

Kepada mereka-mereka yang berminat dalam perniagaan ini bolehlah mendapatkan maklumat dari website >>>>  www.worldwidefertilizer.com

atau menghubungi saya

email: mahadi_tdc@hotmail.com

hp: 016-3719234

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG

Posted in Coret-Coret, Wadah Minda with tags , , , , , , , , , on September 2, 2008 by mim2u

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

Ø Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw

Ø Aku melihat cahaya dari lidahnya..

Ø Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Ø Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Ø Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

Ø Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

Ø Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

Ø Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

Ø Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

Ø Wajahnya seperti bulan purnama.

Ø Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

Ø Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Ø Mata baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang.

Ø Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

Ø Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

Ø Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Ø Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Ø Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

Ø Janggutnya penuh dan tebal menawan.

Ø Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.

Ø Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

Ø Rambutnya sedikit ikal.

Ø Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

Ø Rambutnya terbelah di tengah.

Ø Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

Ø Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya.

Ø Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

Ø Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

Ø Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya
terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Ø Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Ø Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

Ø Warna putihnya lebih banyak.

Ø Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

Ø Warna kulitnya putih tapi sihat.

Ø Kulitnya putih lagi bercahaya.

Ø Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

Ø Badannya tidak gemuk.

Ø Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

Ø Perutnya tidak buncit.

Ø Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia…untuk mengingatkan kita..

RENUNGAN:

….. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, “ kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



NB


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin…


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Catatan:

Sumber: Yahoo Group>>> anakmuar

Fadhilat Ramadhan

Posted in Wadah Minda with tags , , , , , , , , on September 2, 2008 by mim2u

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.”

Sumber: www.darulnuman.com/semasa/ramadhan.html

Merdeka! Merdeka! Merdeka

Posted in Wadah Minda with tags , , , , , , , , , , on August 30, 2008 by mim2u

Setiap tahun menjelang 31 Ogos, rakyat Malaysia seluruhnya akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Saya teringat dan menghayati lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang mengambarkan betapa cerianya lagu tersebut. Dengan intonasi yang hebat melaungkan MERDEKA didalam lirik lagunya amat menyentuh dan mengambarkan betapa patriotiknya dia.

Kemerdekaan sebenarnya amat bermakna bagi insan yang ingin menghayatinya. Nilai kemerdekaan sebenarnya tidak dapat digambarkan dengan akal namun hanya mereka-mereka yang memahami akan merasa betapa tingginya nilai kemerdekaan itu. Namun kita sering dilekakan dengan sorakan kemeriahannya. Di Dataran-dataran yang luas di seluruh negeri mahupun daerah pasti akan memeriahkannya dengan pelbagai aktiviti keriangan seperti percikan bunga api, konsert muzik, tarian dan pelbagai lagi kegemilangan. Di jalan raya akan dimeriahkan dengan kenderaan-kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang, masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri. Di kelab-kelab dan disko tidak terlepas dengan aktiviti ‘Count Down’ yang masing-masing menjerit dengan sepuas-puasnya.

Terfikir juga akan saya, adakah itu tanda kegembiraan disebabkan oleh MERDEKA?

Adakah itu tanda syukurnya diatas KEMERDEKAAN yang dinikmati?

Tidak salah untuk kita bergembira namun jika berpeleseran di konsert, disko dan jalan raya sebegitu rupa, secara lahiriahnya jelas KEMERDEKAAN itu belum kita menguasainya. Seharusnya sebagai warga Malaysia yang terkenal di persada dunia dengan adat ketimuran dan budaya murni tidaksepatutnya mempamirkan aksi dan aktiviti seperti tersebut.

Seorang yang MERDEKA tidak akan mengizinkan mindanya atau perilakunya dikuasai oleh elemen yang melanggari KEINSANAN. Seorang Insan/Individu di tetapkan mematuhi FITRAH yang sewajarnya. Ianya ditekankan didalam institusi pendidikan formal mahupun unformal. Universiti kehidupan sendiri mengakui darjat norma INSANI. Dan yang lebih pasti ISLAM menitikberatkan soal ini. Terkandung ia dalam perkara AKHLAK.

Maka MERDEKA kah kita jika kita tidak sedikitpun merasa kekoknya budaya menyambut kemerdekaan sebegini rupa?

MERDEKA kah kita seandainya rasa cinta terhadap akhlak ISLAMIAH dan budaya timur dipinggirkan?

Dimanakah KEMERDEKAAN itu jika MEREMPIT, BERMABUK-MABUKAN, BERPELESERAN, BERKASIH-KASIHAN DAN berbagai BERRRRRRR!!!!!! yang malu untuk disebutkan dilaksanakan tanpa rasa bersalah di malam MERDEKA?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menaiktarafkan akhlak dan kefahaman terhadap erti KEMERDEKAAN sebenar. Bersama-samalah kita menghayatinya dan menyambutnya dengan kefahaman dan keinsafan yang dipandu dengan ilmu serta bersandarkan kepada tuntutan agama.

Walaupun MERDEKA yang disambut pada 2008 ini cukup sederhana bagi rakyat Malaysia seluruhnya disebabkan pelbagai faktor semasa seperti politik dan ekonomi, diharap ianya cukup berkesan untuk kita menilai dan menghayatinya.

Semoga Hari MERDEKA akan dapat kita sambut pada setiap 31 Ogos dimasa-masa akan datang. Kerana itulah hari untuk kita berbangga bahawa kita sebenarnya telah bebas dari penjajah. Semoga jati diri akan terus disuburkan kerana MERDEKA tidak bermakna sekiranya kita terus ditakutkan, dipengaruhi budayanya dan paling buruk jika terus dijajah mindanya.

Sekian coret-coret dari saya

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Rakan Niaga – worldwide fertilizer

Posted in Perniagaan with tags , , , , , on August 29, 2008 by mim2u

Assalammualaikum,

Hari ini ramai dikalangan kita tercari-cari peluang perniagaan dengan harapan dapat menambah pendapatan demi menampung kos perbelanjaan harian. Bagi yang serius pula pasti akan memilih sesuatu bidang yang bakal memacu pendapatan ke puncak kejayaan.

Tidak dapat dinafikan, perniagaan adalah 90% punca kekayaan. Namun disamping itu peserta haruslah mempunyai etika dalam melaksanakannya agar apa yang diniagakan mendapat berkat dan keizinan Allah SWT.

Ringkasnya disini, apa yang hendak saya sampaikan adalah peluang yang kadang kala tidak sanggup direbut oleh kita. Adakalanya kita memikirkannya sesuatu yang sukar hingga kita menemui kebuntuan. Walhal jika kita minat untuk membudayakan perniagaan didalam jiwa kita, sesuatu yang sukar InsyAllah akan dapat ditangani.

Perniagaan tidak akan wujud tanpa 2 perkara. Iaitu Penjual dan Pembeli. Apa-apa perniagaan yang cuba mengenepikan salah satu perkara tersebut pasti akan menemui kegagalan. Kesimpulannya disini, untuk merealisasikan sesuatu perniagaan itu, kita harus menjalin hubungan dengan salah satu pihak. Disinilah pentingnya kemahiran perhubungan dan dalam dunia perniagaan ia disebut sebagai ‘Marketing’.

Sedari kecil kita sememangnya tidak henti-henti belajar. Maka kita harus belajar bagaimana untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini. Ia bergantung kepada kecintaan kita untuk menguasainya. Justeru itu, adalah wajar kita mencampuri golongan peniaga-peniaga. Pembelajaran secara prektikal dan teori adalah sesuatu yang harus dijalankan dengan seiring agar kemantapan menguasainya lebih berkesan.

Anda berhak memilih apa jua jenis perniagaan. Namun begitu beberapa faktor harus diambil kira seperti faktor bekalan, faktor pasaran, faktor persaingan. Ini bukan bermaksud kita mengelakkannya, tetapi apa yang lebih penting ialah kita harus mengenalinya. Kerana menghadapi dan seterusnya mengenali sesuatu halangan itu lebih baik daripada kita lari darinya.

Setiap perkerjaan ada kesusahannya yang tersendiri. Kita kena akur dengan kenyataan tersebut. Walaubagaimanapun setiap kesukaran dan halangan akan ditangani oleh setiap individu dengan kebijaksanaan masing2. Lazimnya tahap penyelesaiannya berbeza2, ada yang mudah dan ada jua yang sukar dan terpaksa bertungkuslumus untuknya.

Kenali suatu produk di www.worldwidefertilizer.com

Mudah-mudahan ianya bakal membantu anda didalam dunia pertanian dan seterusnya dunia perniagaan kerana rata-rata melaungkan ‘ PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’

Sekian dahulu coretan saya, sekiranya terdapat yang baik itu sebenarnya datang dari Allah SWT manakala yang buruk itu pula adalah dari diri saya sendiri. Sekian.

Wassalam.

MAHADI ADAM

mahadi_tdc@hotmail.com

Petrol Vs NGV

Posted in Petrol vs NGV with tags , , , , , , on August 29, 2008 by mim2u

Peningkatan Harga Petrol Menjadikan Penjimatan Yang Lebih Kepada Pengguna NGV!

Peningkatan 40% harga petrol memberi kesan penjimatan yang semakin besar kepada pengguna NGV. Berikut adalah anggaran perbandingan penggunaan bahan bakar yang berlaku:

Harga Petrol/Liter Penggunaan/KM Penjimatan Dgn NGV

RM 1.92 RM 0.22/Km ± RM 0.02 RM 0.16 /Km

RM 2.70 (+ 40% Kenaikan) RM 0.31/KM ± RM 0.02 RM 0.25 /Km

NGV = RM 0.68 / Liter RM0.06 / km ± RM 0.02

Jimat RM0.16 /km (Petrol RM1.92 ) iaitu sebanyak 73% berbanding harga petrol Jimat RM0.25 /km (Petrol RM2.70 )

iaitu sebanyak 80% berbanding harga petrol

Jika penggunaan kita = 60Km sehari, bermakna 60 x 30 hari = 1800 Km

Jumlah perbelanjaan Petrol = RM0.22 x 1800Km = RM396 (sebelum naik 40%)
dan Petrol = RM0.31 x 1800Km = RM558 ( Selepas kenaikan harga)

Namun NGV RM0.06 x 1800Km = RM108

Jimat RM288 (Petrol = RM1.92) sebulan
Jimat RM450 (Petrol = RM2.70) sebulan

Maka penjimatan setahun = RM288 x 12

= Rm3,456.00 pada harga petrol RM 1.92
dan RM450 x 12 = Rm5,400.00 pada harga petrol RM 2.70

Dengan wujudnya rebat RM625.00 untuk kenderaan dibawah 2000cc , maka penjimatan saya semakin bertambah. Ia bagaikan bons jika di himpun dan di ambil pada akhir tahun atau apabila cukup satu tahun kitaran.

=> RM450 x 12 = Rm5,400.00 + Rm 625.00 = RM 6,025.00
=> Jika dibahagi dengan 12 bulan = RM 6,025.00 /12

= RM 502.08 sebulan

Pernahkah anda terfikir…

Jika kita inginkan pendapatan sebanyak RM 502.08 sebulan melalui simpanan tetap di bank dengan kadar keuntungan 3.7% setahun , kita harus mendepositkan wang sebanyak RM 162,850.00 didalam akaun simpanan tetap kita.

Untuk mendapatkan simpanan sebanyak RM 162,850.00 setahun kita harus berpendapatan melebihi RM 13,570.83 setiap bulan.

Atau jika kita sanggup menimbunkan simpanan kita sebanyak RM 1,357.08 setiap bulan selama 10 tahun.

Persoalannya …

dalam krisis ekonomi dan setuasi infelasi sekarang, berapakah nilai ringgit berbanding keperluan harian/bulanan kita?

Jika anda bersedia, pelaburan sekitar RM 2,900.00 Hingga RM 5,800.00 bakal merealisasikan penjimatan dan pulangan tersebut.

Untuk beralih ke sistem NGV sememangnya melibatkan kos namun pelbagai alternatif perlu diambil seperti kemudahan pinjaman peribadi atau kemudahan kad kredit. Penjimatan bulanan dari perbelanjaan petrol yang dinikmati pasti mampu menangani lebaliti kemudahan kredit sehingga selesai.

Apa yang perlu dipertimbangkan adalah berapakah nilai penjimatan yang bakal kita nikmati pada setiap hari, bulan dan tahun. Pasti penggunaan NGV ini memberi penjimatan yang lebih besar untuk jangka panjang.

Mengapa tunggu lagi?

HP: 016-371 9234 / email: mahadi_tdc@hotmail.com

ZEOLITE – ZEOTECH FERTILIZER

Posted in Baja with tags , , , , , , on August 29, 2008 by mim2u

ZEOTECH FERTILIZER dihasilkan melalui proses pengasingan mineral yang dilombong di kawasan pergunungan berapi Indonesia. Baja ini adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.

Disamping itu, bentuk atom HONEYCOMB STRUCTURE yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Bentuk atom yang memudahkan penukaran ion, memegang molekul air dan ion-ion mineral dengan cekap. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah di mana CLINOPZEOLITE ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH6.0-7.0)

Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja (Base Fertilizer) iaitu N-15 (untuk kesuburan pokok dan daun), P-15 (untuk menggalakan pertumbuhan akar) dan K-15 (untuk penyuburan bunga dan buah). ZEOTECH Fertilizer ini adalah produk mineral semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia, haiwan dan mesra alam.

Kepada yang berminat untuk mendapatkannya…

bolehlah menghubungi saya. Kami bersedia membekalkan nya.

Mahadi_tdc@hotmail.com

016-3719234

Pertanian adalah perniagaan

Posted in Pertanian with tags , , , , , on August 29, 2008 by mim2u

Pertanian pada hari ini bukanlah satu industeri yang asing dikalangan masyarakat Malaysia. Dahulunya ia diusahakan secara kecil-kecilan oleh masyarakat desa sebagai sumber sampingan sayuran untuk kegunaan sendiri. Malah ada yang menganggapnya sebagai hobi semata-mata.

Tahun 2008 masyarakat global telah dilanda kerisis makanan yang agak membimbangkan. Negara Malaysia juga tidak terlepas dari menerima bahang kerisis tersebut. Pelbagai isu semasa yang bergolak turut menjejaskan seperti krisis harga Petrol dan Diesel yang sekaligus melonjakkan harga makanan di pasaran. Kos sara hidup yang melambung juga turut dirasai terutamanya masyarakat di bandar-bandar utama di Malaysia.

Justeru itu pelbagai alternatif telah diusahakan untuk menangani permasalahan yang mencengkam bagai tsunami ekonomi ini. Walau apapun kehidupan harus diteruskan. Selain dari berjimat-cermat, penghasilan sumber makanan sendiri telah menjadi pilihan. Masyarakat Malaysia telah disarankan bertani untuk menampung permintaan peribadi. Tebusguna kawasan adalah idea yang sangat menarik kerana ianya tidak melibatkan kos yang tinggi. Bagi yang ada memiliki kawasan untuk bercucuk tanam, edisi ini akan dapat dimunafaatkan kerana ia memberi panduan dalam hal ehwal bertani.

Setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam pertanian tidak kira apa saiznya harus memiliki panduan ini kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai panduan penanaman dari peringkat menyemai benih, memindahkan benih, membaja dan menuai. Bagi mereka-mereka yang benar-benar berminat untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan ataupun perniagaan, wadah ini (E-Book – Panduan Bertani) amat sesuai dimiliki.

Sila dapatkan E-Book tersebut dan selamat membaca semoga buku ’PANDUAN BERTANI’ ini akan dapat memberi munafaat kepada semua dan dimunafaatkan sebagai ilmu dan pengalaman dalam kehidupan kita. Sekian untuk tatapan semua.

MAHADI ADAM

mahadi_tdc@hotmail.com